Tuesday, December 28, 2010

Friday, December 24, 2010

Saturday, December 18, 2010

Sunday, December 5, 2010

Wednesday, December 1, 2010

Thursday, November 25, 2010

harus melepaskan...

Hal yang memilukan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi

Friday, November 19, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Sunday, November 14, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Sunday, November 7, 2010

7. WAJAHMU ADIK

WAJAHMU ADIK

Wajahmu adik
Kelam rupa jiwa
Sayu, redup, muram

Wajahmu adik
Cuaca mencurah rasa
Sungai memuntah airnya
Laut menghantar gelora

Wajahmu adik
Jiwa sepi mengundang resah
Lama tunggu mencipta gundah
Terkumpul ragu jiwa pasrah.

Wajahmu adik
Lambang peribadi
Alam hakiki
Jiwa sepi.

6. SELAMAT DATANG PETANG

SELAMAT DATANG PETANG

Petang datang mengetuk
menawarkan kembang unggu
dan
hatinya yang rindu.

Dia membuka pintu
menawarkan kamar
yang sepi dan
bayu yang segar.

Kami tersenyum seirama
menyampai hasrat
lewat isyarat mata
menaut rasa yang menerpa.

Selamat datang petang
ajarkan aku mencipta rindu
seperti harum kembangmu
dan hangat hatimu
yang unggu.

abas

basa

Thursday, November 4, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Monday, November 1, 2010

Friday, October 29, 2010

Wednesday, October 27, 2010

32. APA BOLEH BUAT TELAH MENCINTAI



Adikku
Kisah kita selalu menceritakan tentang mimpi buruk
Dan pasti tidak enak untuk mendengarnya
Masih ada kerinduan dan kenangan yang tak mau terbenam
Yang saling menggores mencakar
Melukai menguliti dan saling jilat menjilati titisan darah luka
Kau sayat luka baru di atas luka abang nan lama

Adikku
Mencintai dengan tulus
Bagai membiarkan tubuh telanjang
Berdua kita bermain, berdakapan dan berpagut-pagutan
Ghairah kita menguasai keadaan
Terpancar rasa sulbi kita terkaku keasyikan
Dan mata kita berkaca membendung nikmat tak terungkapkan!


Adikku
Sementara ratusan pedang menghujani jiwa
Bermandikan darah kemesraan yang terlewati
Hanya untuk menikmati sedikit kasih sayang
Yang sesungguhnya tidak semua cinta itu indah
Terkadang cinta menusuk dengan seribu jarum pesonanya
Seperti apa yang dikatakan oleh para pujangga di kota terlarang
Cinta itu pengorbanan namun juga sangat menghairankan

Adikku
Apa boleh buat telah mencintai jika kita telah dicintai
Apa boleh buat telah mengasihi jika kita sudah dikasihi
Bagaimana jika cinta melukai hingga hati menjadi layu dan mati
Apa ini juga pengorbanan untuk mendapatkan cinta
Abang terjerat dalam lingkaran cinta yang tak jelas bagaimana akhirnya
Sungguh membuat abang tersesat di lautan asmara nan luas
Tanpa bintang penunjuk arah di antara waktu dan usia yang tersisa.

Tuesday, October 26, 2010

31. DI LANGIT SERDANG


Langitnya berkabut dan kelabu
berbaur cahaya dan warna
secerah biru dan hitam
yang sedikit memudar

Langit itu saksi
adik tunggu lagi
abang datang lagi
andam sayang makin ria
canai kasih makin mekar
gilap rindu semakin syahdu

Langit itu makin biru
permainan kita makin syahdu
yang seakan gemilang kilaunya
abang bersandar dengan senyum tertahan
dan adik juga dengan senyum yang tertahan
kita terkapar di puncak rasa.

Mac 9, 2010

Monday, October 25, 2010

Sunday, October 24, 2010

Friday, October 22, 2010

latest

Mengapa?

SALING MENGENALI
Abang yakin, bila kita telah menempuh alam persaudaraan beberapa lama pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa kasih-sayang bukanlah segalanya di dalam silatulrahim kita.

Sungguhpun kalimah sayang di awal silatulrahim banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa abang dan adik untuk melayari bahtera persaudaraan melalui silatulrahim, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga kasih sayang yang telah bersemi di awal ikatan persaudaraan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersaudara memungkinkan abang dan adik untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia ikatan persaudaraan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

Semua itu merupakan satu proses di dalam silatulrahim kita. Andai sebelum bersilatulrahim, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke ikatan adik0abang, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan abang atau adik hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.

“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.


PERUBAHAN
Sikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala kasih dan sayang yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali diri di sepanjang pelayaran bahtera silatulrahim kita, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.


MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan abang atau adik untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap silatulrahim kita. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian silatulrahim kita, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.


JANGAN BERHENTI BERKENALAN
“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.

Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.

Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.

“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.

Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.

Alhamdulillah

2nd latest:

aaaaaa

11 Februari 2011 : Kolej Ke-14
UPM Serdang, Selangor

Thursday, October 21, 2010

Monday, October 11, 2010

RAHSIA KEKAL DI HATI SELAMANYA...



Tahukah Zeyrol adikku, macam mana abang nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang abang paling sayang? Bagaimana kasih sayang itu boleh berkekalan?

Mudah sahaja, Zeyrol pergilah ke taman,Zeyrol berjalanlah dalam taman sambil melihat bunga-bunga yang berada di hadapan Zeyrol, pilihlah bunga yang Zeyrol rasa PALING cantik tanpa menoleh ke belakang. Petiklah bunga yang paling cantik itu, bawa ke kolej dan simpanlah ia. Selepas itu jangan melihat bunga yang lain lagi. Esoknya, lusa dan hari-hari berikutnya Zeyrol akan dapati bunga itu telah layu, kering dan tidak cantik lagi.

Sebenarnya memang tiada bunga yang paling cantik, semuanya sama sahaja.

Itulah jawapannya...... bila abang sudah berjumpa dengan seseorang yang abang sayang, abang tidak lagi mencari seorang yang lebih baik, abang patut hargai orang yang berada bersama abang dengan sebaiknya, abang tidak menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku....

Maknanya bila abang telah bertemu Zeyrol, abang rasa Zeyrol insan yang abang cari. Abang akan berhenti mencari. Abang juga tidak akan mengenang orang-orang yang abang pernah temui sebelum ini. Jadi Zeyrol abang pilih, dan ia kekal di hati abang kini dan selamanya.... ya dari dunia hingga ke akhirat kelak.

Sunday, October 10, 2010

MOTIF ADIK MENYEMBUNYI FAKTA YANG BENAR..

KEJUJURAN?

Adik ingatkah hari itu, jujur abang beritahu adik yang dua minggu lalu abang mimpi bertemu adik, tapi dalam mimpi itu insan yang punya wajah dan perwatakan saling tak tumpah diri adik, mengatakan dirinya adalah Naim. Abang tanya adik, apakah adik ini Naim? Tapi adik menafikan, adik kata pada abang adik tidak kenal pun siapa Naim itu. Sebaliknya adik mengatakan "abang ada kawan nama Naim kot..". Sedangkan abang sememangnya tidak punya kawan pun yang bernama Naim.

Dua malam berikutnya abang lakukan sembahyang tahajud, dan minta dipertemukan dengan Zeyrol adik abang. Hal yang sama terjadi berturut-turut,abang memang mimpi bertemu pemuda yang wajahnya saling tak tumpah Zeyrol adik abang, tetapi dalam mimpi itu pemuda itu mengatakan dirinya adalah Naim. Bila abang ceritakan hal ini pada adik, adik buat endah tak endah dan bersikap tidak tahu sahaja.

Pada firasat abang, bila bermimpikan Naim berlaku selama 2 malam berturut-turut ia bukanlah satu kebetulan. Mungkin ada benarnya. Abang sangat yakin Zeyrol dan Naim adalah orang yang sama. Namun adik menafikannya dan bersikap tak tahu-menahu tentang Naim.

Namun dengan izin Allah SWT, kemudiannya abang dapat tahu nama Zeyrol yang sebenarnya ialah MAZRUL NAIM BIN ABDUL JALIL, MEMANG PUN ZEYROL INI SEBENARNYA NAIM. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!

Namun yang peliknya mengapa sebelum ini Zerol menafikan dirinya adalah NAIM. Apa motif Zeyrol berbuat begitu? Hal ini berlalu begitu sahaja tanpa Zeyrol memberitahu motif sebenar berbuat demikian...

Abang tidak mengerti. Zeyrol adalah adik abang yang baik, lemah lembut dan jujur, cuba melakonkan watak tidak jujur! Apa agaknya hikmah Allah turunkan pada abang di sebalik peristiwa ini..


KESIMPULAN HAL INI MUDAH SAHAJA, adik abang sebenarnya tidak mau berterus terang dengan abang, mengakui nama sebenarnya ialah Mazrul Naim.

Adik abang ini suka berahsia dan menyembunyikan fakta yang benar. Apa motif adik berbuat begitu hanya adik yang tahu dan Allah SWT sahaja yang maha tahu...hehehe

Friday, October 8, 2010

KEINDAHAN HAKIKI

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang2 ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman..

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mentari petang di ufuk. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang.. Setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…Lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Maha Suci Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa2 sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah dari riak wajah anak2 kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki… indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sesuatu yang dikasihinya, dan indahnya ia memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Ayuh memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah… Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara dan bersifat fatamorgana. Segalanya di dunia hanyalah penipuan belaka.

KU MOHON PADAMU

Wahai Tuhan kami..
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.


Wahai Tuhan kami..
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami dalam mengingatiMu
menyebut namaMu
mensyukuriMu
baiknya ibadat kepadaMu.

BERILAH AKU PETUNJUK..

guide my way..~

"Ya Allah, aku mohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku mohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku mohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

~mohon petunjuk moga tak tersalah membuat keputusan.. Aminn~

17. DANDANAN KEHIDUPAN



Abang dandan kehidupan
Adik pun sama
sebab cantik itu indah
Adik jangan pandang sebelah mata
Timbangan akan berat sebelah

Abang berfesyen jiwa
Adik pun sama
Biar ikhlas memuji iri
Baik memadam hasad
Jujur membersih dusta.

Abang solek jati diri
Adik juga sama
Letak wangian suka berbudi
Siapa tidak terpesona, buta hati
Buta mata apatah lagi
Akal menyangkal cantik saja
Budi bahasa tolak tepi.

16. DUA PULUH DUA HARIBULAN


Dua puluh dua hari bulan
jari ringan garu luka
toreh lagi
pilu air merah hati
menderas sungai benci
menyekat muara amaran
tenggelam laut kenangan.

Dua puluh dua hari bulan
koyak kalendar, helaian ke sembilan
tersebut al-kisah dongeng cinta
leret tahun pertama (sepatutnya)
"...and we live happily ever after"
Buktikan ia!

Belum sudahlah...
itu cerita masih baru
abang pasti adik dah lupa
berapa banyak tanya bertanda
terukir dalam bisu beragenda
adik pereka agenda.

Wednesday, October 6, 2010

HATI MAKIN ERAT


Adik
pengalaman bukan lagi ranjau-duri
biar goyah benteng minda
biar roboh pagar hati
biar pedih perasaan sering dilukai
kasihku tetap tidak dikhianati

Adik
selama tempoh itu
prinsip dibahaskan semula
perasaan diuji kebenarannya
minda bercelaru memikirkannya
hati berbaur sentiasa

Adik
masa berlari pantas
ia mendewasakan kita
membuatkan minda lebih terbuka
mengingatkan hati agar berwaspada
kerna takut jiwa terus didera
kucuba jauh dari hatinya

Adik
hati ini bukan makin jauh
tapi makin erat
tiada jarak antara
ia satukan kita rupanya..

Tuesday, October 5, 2010

14. SERINYA SEINDAH NAMAMU



Biarlah setinggi mana terbangmu
biarlah sedalam mana selammu
Biarlah sehebat mana bijaksanamu
kembaramu singgah jua
ke kampong ini
kampong keinsafan
kampong keimanan
kepada Dia yang satu.



Walau luluh deritamu
bersama alam rindu
Walau luntur dosamu
bersama ombak kenangan
abang doakan
moga Nur memancar sinar
serinya seindah namamu.


Kuala Lumpur: 11.45 malam
17 September 2010

13. ANDAI KATA



Andai kata hari ini
pancaindera berkomunikasi
memang sudah sampai ketika
tak perlu hantar sms
tak perlu tambahan mms
buku catatan realiti.

Andai kata tiba-tiba
lidah berkomunikasi
menjadi saksi
mulut jangan nafikan
ia satu kebenaran.



Andai kata tiba-tiba
telinga juga berkomunikasi
mogok mendengar
memecahkan hingar
mempertikai saksi.

Mungkin
hati luhur perlu
padamkan kesilapan
gantikan kebenaran.

Tapi benarkah
hati tak pernah selingkuh?


Kuala Lumpur: 10.45 malam
21 September 2010


Monday, October 4, 2010

Akan Tiba Masanya Mulutmu Dikunci

Adik
Kenapa terlalu awal adik berhajat tidak berkata
Kenapa terlalu awal adik berhajat tidak bersuara
Sebelum tiba hari mulut dikunci, adik cuba mengunci mulut
Sebelum tiba masa tak ada suara, adik cuba tidak mahu berbicara




Adik
Pasti akan tiba harinya mulutmu dikunci
Kata-katamu tak ada lagi
Pasti akan tiba masa suara tak ada
Keluar dari mulutmu

Adik
Itulah saat dan ketikanya tangan dan kakimu berkata
Itulah saat dan ketikanya mulutmu tak ada suara
Akan berkata tanganmu
Tentang apa yang dilakukannya
Akan berkata kakimu
Ke mana saja dia pernah melangkahnya
Namun abang tidak tahu bila harinya adikku
Namun yang pasti tanggung jawab telah tiba buatmu

Namun sekarang masanya belum tiba
mengapa adik memaksa diri untuk tidak berkata
mengapa adik memaksa diri untuk tidak berbicara
mengapa adik memaksa diri mengunci mulut
Hanya adik yang tahu, abang tidak tahu!

Sunday, October 3, 2010

Rupanya Kita Berdua Banyak Persamaan..

Antara kita berdua banyak persamaan...
kita berdua sama-sama tidak minat pada permainan bola sepak..benarkan adikku
kita berdua sama-sama kidal.. adik kidal abang pun kidal
kita berdua sama-sama pakai jam di tangan kanan
kita berdua sama-sama suka lepak di rumah sebab ia lebih selesa dan happening
Kita sama-sama suka warna unggu yang lembut... namun abang juga suka biru muda dan merah jambu..


adik suka tengok wayang... abang juga suka
adik suka menulis... abang juga suka
adik suka shopping... tapi abang tak berapa suka
adik suka buat sesuatu separuh jalan.
hah..abang juga mula terikut-ikut dengan cara adik.. nampaknya adik dah mula pengaruhi abang!

Friday, October 1, 2010

ASYIK ii

ASYIK ii

Karamlah aku dalam rindu
mencari engkau, mendekati kamu
dan telah tenggelam pula
kasih pertama (Allah)
kasih kedua (Rasulullah)
kasih ketiga (Bonda)
kasih keempat (Ayahanda)
kasih kelima (Adinda teman hidupku)
kasih keenam (Anakanda)
kasih ketujuh..yang mula berputik


Kalau kukatakan bibirmu
itulah ibarat dari bibir pantai lautan
yang luas tidak tentu tepinya
dan jika aku katakan TIADA
tujuku ialah KAMU

Mari ke mari
Sebab engkau tidak akan mendapat insan laksana aku
Mana kecintaan sebagai aku, dalam hidup ini
Mari ke mari
Jangan kau habis umurmu dalam ragu-ragu

Engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
Engkau adalah kota yang telah runtuh. Akulah pembangunan

Kalau tidak ada keikhlasan kamu atas aku
tidaklah kita akan merasa bahagia
keikhlasan adalah mutlak ibunya kebahagiaan
INILAH YANG SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

Kuala Lumpur
Mac 22, 2010

Thursday, September 30, 2010

ASYIK 1

Seluruh tubuhku adalah derita
Sebab engkau mataku senantiasa bening tanpa sinar
Cekung dan layu
Fanalah tubuhku
hanya engkau tunggal semesta

Tak ada bekasku lagi
Apakah rindu dendamku ini
Jisimku telah hilang
Asyikku terkumpul ke dalamnya
Siapa merindumu lagi?

Sejak kurasa
Dalam hatiku api cinta menyala
terpandang syurga adalah suatu nista
Kalau syurga yang aku pandang
Engkau pun hilang
Bertukarlah syurga jadi neraka.

Kuala Lumpur
Mac 2010

NOTA: Adikku.. apakah kau juga merasa getaran hatiku ini

Tuesday, September 28, 2010

SEKADAR MELAKAR RASA HATI..

Wahai adikku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai adikku,
Haraplah pada Allah SWT
Kerana Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai adikku,
Jangan sesekali kau ceria keranaku
tetapi cerialah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan keceriaan daripadaku

Wahai adikku,
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi adik yang terbaik untukku

Wahai adikku,
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT



Wahai adikku,
Dikala kau kecewa kerana aku tak datang
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan kedatangan diriku lebih daripadaNya

Wahai adikku,
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai adikku,
simpanlah kebahagiaanmu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan kebahagiaan dariku sebelum Allah

Wahai adikku,
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil untuk menyayangimu

Wahai adikku,
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai adikku,
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrathaNya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai adikku,
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai adikku,
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai adikku,
aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku, malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu
hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai adikku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT
dan aku mengharapkan kau juga begitu.
Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah.
Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah.
Jagai jiwa kami ya Allah.
Sesungguhnya silatulrahim kami ini atas kehendakMu ya Allah.
Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah.
Aku bersyukur kehadratMu ya Allah
Subhanallah.. Maha Suci Allah.

7. DILEMA ~ KITA MEMANG SERUPA ADIKKU



Sebelum ini
Hatiku dihiris sembilu
Fikirku kerana
Diriku dan kau
Banyak yang sama.

Semalam
Lukaku berdarah kembali
Entah apa alasannya
Kusendiri tidak pasti
Namun yang nyata
Persamaan asyik membayangi

Kini
Dilema menghantui
Antara hormat dan prinsip
Antara ego dan ekstrovert
Aku gagal mengimbangi

Salahkah aku
Jika enggan mengalah
Sepuluh jari kususun
Jika benar pendapatmu begitu
Usah dicanang pada semua
Memang sudah jelas tergambar
Kita memang serupa adikku!

ENAM: hak ga

Bukalah matamu untuk abang adikku
Dengarlah abang berbicara
Usah adik ragu di hati ini tempatmu
Walau jauh di mata kita tetap dekat
Selagi adik masih percaya

Kasar guraumu adik abang tak ambil kisah
keras bahasamu bijaksana abang saringkan
Jalan kian berhalang abang usaha luruskan
Adakah semua ini yang abang inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Abang harap adik masih percaya

Adakah semua ini yang abang inginkan
Ataupun hanya mengejar pesona dunia semata-mata
abang harap adik masih percaya

Pejam matamu adikku
Biar abang memelukmu
Kita bersama masih baru masih indah
Abang harap adik masih percaya

kini dan untuk selamanya
kini hingga bercerai nyawa dari badan
kini dari dunia hingga akhirat

5. MENGEJAR RINDU




Duhai adikku
mulut abang
kemam jangkasuhu pilu
raksanya resah
suhu melonjak tinggi!

Duhai adikku
ubun-ubun panas
jari-jemari sejuk
kaki lengoh dan kebas
haba tersentuh
suhu jatuh
tersungkur abang mengejar rindu.



Kuala Lumpur: 11.50 malam
6 Mac 2010

4: PERASAAN



Abang punya perasaan
Adik juga
Pendam-pendam
Dalam-dalam
Tak padam-padam
Bernyala-nyala
Bukan dendam.


Satu perasaan
Tanpa kata
Tanpa pakaian
Jelas kelihatan.



Putrajaya: 4.25 petang
25 Februari 2010

Sunday, September 26, 2010

TIGA: BAYANGKAN PETANG, SENJA DAN MALAM ADIKKU..



Bayangkan petang
terang menderang
dengan matahari di ufuk barat
memercik riang
membahang sepi
sementara.

Bayangkan senja
samar
lampu dipasang kipas diputar
hati bulan mendongak
merenung wajah bintang dalam dalam
helaian buku-buku rindu
tak terpamerkan
selamanya.

Bayangkanlah malam
abang tanpa kamu adikku.



Kuala Lumpur: 12.00 Malam
13 Februari 2010

Tuesday, September 7, 2010

DUA: Mentafsir Matamu Yang Layu


(Saat bersamamu adikku
abang tafsir Matamu Yang Layu)

1
Saat kita berpandangan:
Mentafsir kelopak matamu
yang sayu, dari urat matanmu
yang unggu, dari cengkung matamu
yang layu, dari lirih matamu
yang syahdu – maaf adikku
jika sejarah difinasi ini palsu.

2
Saat kita berpandangan:
Teks matamu
menyusun diksi rahsia,
ada pawana frasa curiga
atau desir pesona pujangga.

3
Saat kita berpandangan:
Teks matamu
yang layu, menyembunyi
setulus hatimu adikku
yang masih putik


11 Februari 2011 : Kolej Ke-14
UPM Serdang, Selangor

Sunday, April 25, 2010

SATU: Mula Kenal




Pada 4 Februari saya terima sms darinya, katanya "Salam. Ingat lagi ke *Zeyrol J AbduL* dari TAGGED tu... thanks! ~ dari Zeyrol."

Saya balas smsnya, "Ok, abang ingat. Ada apa-apa ke nak beritahu abang"

Dia balas sms saya, "nak jumpa abang boleh ke".

Saya tanya dia "bila adik nak jumpa abang?"

Jawabnya "sesegera mungkin."

Saya jawab, "kalau begitu hari ini je. Di mana nak jumpa adik?"

Dia memberi maklumat selengkapnya agar mudah saya menemuinya. Maka terjalinlah satu ikatan silatulrahim di antara saya dan dia; ikatan kasih abang dan adik.