Tuesday, September 28, 2010

SEKADAR MELAKAR RASA HATI..

Wahai adikku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai adikku,
Haraplah pada Allah SWT
Kerana Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai adikku,
Jangan sesekali kau ceria keranaku
tetapi cerialah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan keceriaan daripadaku

Wahai adikku,
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi adik yang terbaik untukku

Wahai adikku,
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT



Wahai adikku,
Dikala kau kecewa kerana aku tak datang
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan kedatangan diriku lebih daripadaNya

Wahai adikku,
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai adikku,
simpanlah kebahagiaanmu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan kebahagiaan dariku sebelum Allah

Wahai adikku,
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil untuk menyayangimu

Wahai adikku,
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai adikku,
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrathaNya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai adikku,
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai adikku,
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai adikku,
aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku, malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu
hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai adikku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT
dan aku mengharapkan kau juga begitu.
Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah.
Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah.
Jagai jiwa kami ya Allah.
Sesungguhnya silatulrahim kami ini atas kehendakMu ya Allah.
Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah.
Aku bersyukur kehadratMu ya Allah
Subhanallah.. Maha Suci Allah.

No comments: