Thursday, September 30, 2010

ASYIK 1

Seluruh tubuhku adalah derita
Sebab engkau mataku senantiasa bening tanpa sinar
Cekung dan layu
Fanalah tubuhku
hanya engkau tunggal semesta

Tak ada bekasku lagi
Apakah rindu dendamku ini
Jisimku telah hilang
Asyikku terkumpul ke dalamnya
Siapa merindumu lagi?

Sejak kurasa
Dalam hatiku api cinta menyala
terpandang syurga adalah suatu nista
Kalau syurga yang aku pandang
Engkau pun hilang
Bertukarlah syurga jadi neraka.

Kuala Lumpur
Mac 2010

NOTA: Adikku.. apakah kau juga merasa getaran hatiku ini

Tuesday, September 28, 2010

SEKADAR MELAKAR RASA HATI..

Wahai adikku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai adikku,
Haraplah pada Allah SWT
Kerana Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai adikku,
Jangan sesekali kau ceria keranaku
tetapi cerialah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan keceriaan daripadaku

Wahai adikku,
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi adik yang terbaik untukku

Wahai adikku,
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT



Wahai adikku,
Dikala kau kecewa kerana aku tak datang
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan kedatangan diriku lebih daripadaNya

Wahai adikku,
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai adikku,
simpanlah kebahagiaanmu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan kebahagiaan dariku sebelum Allah

Wahai adikku,
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil untuk menyayangimu

Wahai adikku,
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai adikku,
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrathaNya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai adikku,
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai adikku,
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai adikku,
aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku, malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu
hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai adikku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT
dan aku mengharapkan kau juga begitu.
Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah.
Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah.
Jagai jiwa kami ya Allah.
Sesungguhnya silatulrahim kami ini atas kehendakMu ya Allah.
Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah.
Aku bersyukur kehadratMu ya Allah
Subhanallah.. Maha Suci Allah.

7. DILEMA ~ KITA MEMANG SERUPA ADIKKU



Sebelum ini
Hatiku dihiris sembilu
Fikirku kerana
Diriku dan kau
Banyak yang sama.

Semalam
Lukaku berdarah kembali
Entah apa alasannya
Kusendiri tidak pasti
Namun yang nyata
Persamaan asyik membayangi

Kini
Dilema menghantui
Antara hormat dan prinsip
Antara ego dan ekstrovert
Aku gagal mengimbangi

Salahkah aku
Jika enggan mengalah
Sepuluh jari kususun
Jika benar pendapatmu begitu
Usah dicanang pada semua
Memang sudah jelas tergambar
Kita memang serupa adikku!

ENAM: hak ga

Bukalah matamu untuk abang adikku
Dengarlah abang berbicara
Usah adik ragu di hati ini tempatmu
Walau jauh di mata kita tetap dekat
Selagi adik masih percaya

Kasar guraumu adik abang tak ambil kisah
keras bahasamu bijaksana abang saringkan
Jalan kian berhalang abang usaha luruskan
Adakah semua ini yang abang inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Abang harap adik masih percaya

Adakah semua ini yang abang inginkan
Ataupun hanya mengejar pesona dunia semata-mata
abang harap adik masih percaya

Pejam matamu adikku
Biar abang memelukmu
Kita bersama masih baru masih indah
Abang harap adik masih percaya

kini dan untuk selamanya
kini hingga bercerai nyawa dari badan
kini dari dunia hingga akhirat

5. MENGEJAR RINDU




Duhai adikku
mulut abang
kemam jangkasuhu pilu
raksanya resah
suhu melonjak tinggi!

Duhai adikku
ubun-ubun panas
jari-jemari sejuk
kaki lengoh dan kebas
haba tersentuh
suhu jatuh
tersungkur abang mengejar rindu.



Kuala Lumpur: 11.50 malam
6 Mac 2010

4: PERASAAN



Abang punya perasaan
Adik juga
Pendam-pendam
Dalam-dalam
Tak padam-padam
Bernyala-nyala
Bukan dendam.


Satu perasaan
Tanpa kata
Tanpa pakaian
Jelas kelihatan.



Putrajaya: 4.25 petang
25 Februari 2010

Sunday, September 26, 2010

TIGA: BAYANGKAN PETANG, SENJA DAN MALAM ADIKKU..



Bayangkan petang
terang menderang
dengan matahari di ufuk barat
memercik riang
membahang sepi
sementara.

Bayangkan senja
samar
lampu dipasang kipas diputar
hati bulan mendongak
merenung wajah bintang dalam dalam
helaian buku-buku rindu
tak terpamerkan
selamanya.

Bayangkanlah malam
abang tanpa kamu adikku.



Kuala Lumpur: 12.00 Malam
13 Februari 2010

Tuesday, September 7, 2010

DUA: Mentafsir Matamu Yang Layu


(Saat bersamamu adikku
abang tafsir Matamu Yang Layu)

1
Saat kita berpandangan:
Mentafsir kelopak matamu
yang sayu, dari urat matanmu
yang unggu, dari cengkung matamu
yang layu, dari lirih matamu
yang syahdu – maaf adikku
jika sejarah difinasi ini palsu.

2
Saat kita berpandangan:
Teks matamu
menyusun diksi rahsia,
ada pawana frasa curiga
atau desir pesona pujangga.

3
Saat kita berpandangan:
Teks matamu
yang layu, menyembunyi
setulus hatimu adikku
yang masih putik


11 Februari 2011 : Kolej Ke-14
UPM Serdang, Selangor